1:47 am - Mar. 04, 2008
kembali
aquil kata "menulis itu akan mengurangkan rasa bosan, resah dan kerinduan"..

cepatnya masa berlalu.. rupanya sudah lebih tiga tahun aku tinggalkan jenel ceri aku ni.. jenel seribu kenangan..

atas dorongan aquil dan cumi jenel ni terhasil..masa tu aku mana la reti sangat menda-menda html ni so cumi la yang menghias jenel aku ni.. banyak ceri-ceri dia letak :)

kerana jenel lah aku kenal aquil dan cumi.. menjadi rapat tanpa disangka.. dorang seperti kakak yang sentiasa bersama adik tatkala aku memerlukan.. dan aku sangat selesa dengan mereka..

tapi sekarang keduanya dah berpunya.. semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.. saya sayang akak berdua walaupon tak pernah saya luahkan dengan kata-kata..

jenel ni wujud sewaktu aku masih baru di bumi resakse.. dan kerana menghambat waktu jenel ni aku biarkan berkubur tanpa dibela..

dan kini.. aku telah kembali ke tanahair tercinta.. tiga tahun dibumi resakse disulami dugaan dan cabaran.. namun dengan izin Tuhan segalanya berjalan seperti dirancang..

previous - next